Hebahan kahwin : banting dan banner.

Pemasangan banting sambut kehadiran tetamu

PELBAGAI cara dilakukan untuk menghebahkan penganjuran majlis perkahwinan supaya diketahui umum. Antara yang dilakukan keluarga pengantin termasuk menghantar kad jemputan memaklumkan hari bahagia berkenaan atau menghantar berita melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tetamu atau kenalan. Namun, peredaran zaman kini mengubah kaedah itu apabila majlis perkahwinan sudah menggunakan cara baru dengan memasang kain rentang atau banting di tempat tertentu supaya diketahui ramai, sekali gus memudahkan tetamu menuju ke lokasi majlis.

Cara baru menguarkan hari bahagia

MELANGSUNGKAN perkahwinan adalah hari paling bersejarah dalam hidup seseorang. Bagi memastikan majlis berjalan lancar, setiap acara yang diadakan sempena hari bahagia itu diperincikan supaya tidak ada satu pun yang tertinggal. Selain menguruskan penghantaran kad jemputan perkahwinan, sesetengah pengantin kini mula menempah banting untuk dipasang di lokasi strategik bagi memaklumkan berlangsungnya majlis bahagia itu.

Mungkin tradisi ini masih dianggap baru dalam budaya Melayu, tetapi ia sudah mula mendapat perhatian ramai. Pemasangan banting ini bukan saja menarik kerana turut memaparkan wajah pasangan bakal mempelai, tetapi ia juga mengandungi informasi ringkas berhubung tarikh, masa dan lokasi majlis itu berlangsung.

Tempahan banting kini semakin meningkat bermula empat tahun lalu kerana selain ianya cara terbaru untuk menguwarkan majlis perkahwinan, banting berkenaan juga boleh disimpan untuk dijadikan kenangan kepada anak dan cucu pengantin kerana bahan yang digunakan mampu bertahan lama.

Selain diletakkan di kawasan strategik seperti di simpang jalan bagi memudahkan tetamu menuju ke lokasi majlis perkahwinan, banting juga diletakkan di sekitar rumah pengantin terutamanya di bahagian khemah untuk menceriakan lagi sambutan hari bersejarah itu.

Berdasarkan tempahan, saiz banting yang paling digemari ramai berukuran dua kaki kali empat kaki, dua kaki kali lima kaki dan dua kaki kali enam kaki, dan terdapat dalam semua saiz bergantung kepada kehendak pelanggan.

Berbanding kain rentang, banting lebih mendapat tempat kerana saiznya yang sederhana sesuai diletakkan di mana-mana, termasuk di persimpangan jalan.


Pembuatan banting menggunakan kertas sintetik dikenali sebagai tarpolin yang mampu bertahan lama walaupun dalam cuaca hujan dan panas.

Rekaan banting menggunakan teknologi komputer dan pereka grafik akan meminta bakal mempelai memberikan gambar yang akan diletakkan dalam cetakan banting berkenaan.

Proses membuat banting mengambil masa dari sehari hingga seminggu untuk disiapkan dan contoh rekaan grafik akan diberikan terlebih dulu kepada pasangan mempelai atau keluarga mereka untuk pengesahan sebelum ianya dibuat cetakan terus.

Perkataan yang dicetak pada banting berkenaan dibuat bergantung kepada permintaan pelanggan tetapi jumlah perkataan tidak boleh terlalu banyak kerana ia akan kelihatan sesak berikutan gambar pasangan juga akan diletakkan di situ.

Paling penting, kita mahu mesej yang ada pada banting itu sampai kepada orang ramai. Jika pengantin atau keluarga mereka tidak mempunyai idea untuk membuat banting, pihak kami akan memberikan beberapa cadangan atau contoh banting yang sudah ditempah pelanggan sebelum ini.

Jika pelanggan mempunyai bajet, mereka biasanya menempah banting dalam jumlah yang banyak untuk diletakkan di sepanjang laluan utama, di hadapan rumah atau di sekitar khemah perkahwinan dan ianya menjadi sebahagian daripada hiasan perkahwinan yang mampu memberi aura ceria pada majlis hari bahagia yang berlangsung itu. Tempahan yang banyak akan ditawarkan harga yang istimewa.

Pereka grafik akan berusaha mencipta rekaan banting yang eksklusif kepada pelanggan supaya ianya berbeza antara satu sama lain. Pemilihan warna latar bersesuaian perlu dilakukan supaya gambar mempelai kelihatan menyerlah kerana mereka yang menjadi raja sehari untuk diraikan pada hari berkenaan.

INFO:

· Tempahan banting dan banner boleh dilakukan di AZ Creative, di talian 013-4249382 atau 013-4249383

. Juga layari http://bannerkahwin.blogspot.com dan http://azkrima.fotopages.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Album Perkahwinan

Selamat Pengantin Baru.

Abadikan kenangan indah anda untuk tatapan generasi akan datang.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS